Di Masjid Rasulullah, Masjid Nabawi yang indah dan moden itu, saya telah mendapat maklumat dari sumber-sumber yang boleh dipercayai bahwa banyak jin kafir yang telah memeluk Islam dibawa ke situ. Mereka dihantar oleh pengamal-pengamal perubatan tradisional untuk dipulihkan agar menjadi jin yang baik dan beriman. Jadi sesiapa yang mempunyai pengalaman yang sewaktu dan seangkatan dengannya, bolehlah memberi pandangan dan komentar ke ruangan ini untuk kita kongsi bersama agar boleh memberi manfaat.
Masjid Nabawi merupakan sebuah masjid yang boleh memuatkan kapasiti manusia yang besar. Adalah diberitakan bahawa seramai 900, 000 jemaah boleh menunaikan solat dalam satu masa. Masjid ini juga dikatakan masjid yang termoden di dunia. Banyak ciri moden yang menampilkan kecanggihan seni bina Islam. Di dalam masjid tersebut juga terdapat satu ruangan yang dipanggil Raudah. Raudah ialah taman syurga. Tempatnya berdekatan dengan mimbar masjid dan makam Rasulullah. Sesiapapun yang mengunjungi bumi Madinatul Munawarah ini akan berusaha berada di dalam kawasan Raudah untuk mendapat berkat dan syafaat. Seorang kawan saya yang pernah berada di situ terpegun apabila saya menanyakan tentang Raudah. Dia tergamam sebentar dan merenung jauh sebelum menuturkan kata-kata. Baginya, tidak adalah suatu yang amat menakjubkan apabila berpeluang berada selama lima minit beribadat (bersolat sunat) di situ. Dia menyatakan, sukar untuk menggambarkan perasaannya ketika itu. Selain daripada Raudah, di dalam Masjid Nabawi juga terdapat makam Rasulullah dan sahabat-sahabatnya Saidina Abu bakar dan Saidina Umar.
No comments:
Post a Comment