Monday, August 11, 2008

Di Masjid Rasulullah, Masjid Nabawi yang indah dan moden itu, saya telah mendapat maklumat dari sumber-sumber yang boleh dipercayai bahwa banyak jin kafir yang telah memeluk Islam dibawa ke situ. Mereka dihantar oleh pengamal-pengamal perubatan tradisional untuk dipulihkan agar menjadi jin yang baik dan beriman. Jadi sesiapa yang mempunyai pengalaman yang sewaktu dan seangkatan dengannya, bolehlah memberi pandangan dan komentar ke ruangan ini untuk kita kongsi bersama agar boleh memberi manfaat.
Masjid Nabawi merupakan sebuah masjid yang boleh memuatkan kapasiti manusia yang besar. Adalah diberitakan bahawa seramai 900, 000 jemaah boleh menunaikan solat dalam satu masa. Masjid ini juga dikatakan masjid yang termoden di dunia. Banyak ciri moden yang menampilkan kecanggihan seni bina Islam. Di dalam masjid tersebut juga terdapat satu ruangan yang dipanggil Raudah. Raudah ialah taman syurga. Tempatnya berdekatan dengan mimbar masjid dan makam Rasulullah. Sesiapapun yang mengunjungi bumi Madinatul Munawarah ini akan berusaha berada di dalam kawasan Raudah untuk mendapat berkat dan syafaat. Seorang kawan saya yang pernah berada di situ terpegun apabila saya menanyakan tentang Raudah. Dia tergamam sebentar dan merenung jauh sebelum menuturkan kata-kata. Baginya, tidak adalah suatu yang amat menakjubkan apabila berpeluang berada selama lima minit beribadat (bersolat sunat) di situ. Dia menyatakan, sukar untuk menggambarkan perasaannya ketika itu. Selain daripada Raudah, di dalam Masjid Nabawi juga terdapat makam Rasulullah dan sahabat-sahabatnya Saidina Abu bakar dan Saidina Umar.

Sunday, August 10, 2008

Misteri Si Bunga Bakawali
by korud on Fri Jun 27, 2008 5:31 pm
Pokok bunga bakawali ini di kenali juga dengan nama saintifik nya Epiphyllum anguliger. Nama lain bagi bunga ini juga ialah ric rac cactus, moon cactus dan queen of the night.Baunya memang semerbak wangi dan akan kembang pada waktu malam, dalam pukul 10.00pm dah mula kembang. Bau menjadi lebih wangi pada pukul 12.00am iaitu bila ia kembang penuh. Bunga akan layu bila dah pagi. Sekali saja ia kembang, lepas tu layu terus...Menurut kepercayaan orang-orang cina bahawa pokok bakawali boleh mendatangkan tuah dan rezeki sekiranya berbunga. Selalunya ditanam berhampiran dengan tempat mereka berniaga dan diikat dengan reben merah pada tiap-taip dahan. Mereka juga percaya sekiranya pokok Bakawali itu mati atau layu bermakna mereka akan mendapat musibah atau suwey.Orang-orang Melayu percaya ada orang Bunian akan berada berhampiran pokok bakawali semasa bunganya hendak kembang. Ada juga yang percaya bahawa terdapat seorang dewa dari kayangan yang menjaga bunga ini semasa ia kembang.Ada juga yang percaya bahawa pokok bakawali ini mempunyai hubungan yang rapat dengan orang yang menanamnya dan percaya sekiranya tuan punya pokok meninggal dunia, pokok bakawali yang ditanamnya turut akan mati.
~Kundalini Sakti can only be aroused when the mind is actually free from passions and desires.~
korud

Posts: 79
Joined: Fri Jun 27, 2008 1:29 am
E-mail

Tuesday, August 5, 2008

Langkah Pertama

Anda semua boleh mendapatkan segala maklumat tentang tahyul dan peribatan tradisional melalui blog saya ini. Anda juga dialu-alukan untuk memberi sebarang komen, pengalaman dan pendapat tentang apa-apa sahaja yang saya coretkan di sini. Saya juga berharap agar anda dapat memberi info yang bermanfaat dan berkaitan melalui komentar di dlam blog ini. Sekian untuk kali ini, berjumpa lagi

SELAMAT DATANG

Selamat Datang ke Blog Saidi Rajawali, iaitu blog perbicaraan umum tentang perihal semasa contohnya hal-hal tahyul dan perubatan tradisional dan semua perkara yang bersangkutan dengannya.